Thursday, December 22, 2011

Wonderful Winter Wednesday

omege...tersangatla excited time bukak tingkap and nampak semua dh memutih....teros brsiap2 semangat nak pegi kelas anatomy =.=" god bless anatomy day

and i got a red bubble...wee...but i look so short in winter outfit...:( ate, mmg pendek dah pon...teet~

finally, the best christmas present for dis year...a photo of ours with uncle santa yg xfriendly and xgemok...

Sunday, December 18, 2011

Mari Belajar Latin

#Yawn
I finally realize that I am a medical student when I am now sitting near my table with facebook open and also with a cup of nescafe at 1.23 am
*the awkward moment --->terlebih 9gag budak ni =.="

1st declension (feminine)
Singular-a,ae,am,a
Plural-ae,arum,as,is

2nd declension (masculine)
Singular-us,i,um,o
Plural-i,orum,os,is

2nd declension (neuter)
Singular-um,i,um,o
Plural-a,orum,a,is

------------------------------

4th declension (masculine)
Singular-us,us,um,u
Plural-us,uum,us,ibus

4th declension (neuter)
Singular-u,us,u,u
Plural-ua,uum,ua,ibus

5th declension (feminine)
Singular-es,ei,em,e
Plural-es,erum,es,ebus

Compleo

p/s:sajejecontengblogdaricontengkertasthenbuang...sayakanmesraalam :D






Thursday, December 8, 2011

Uncle Cadaver

Dear uncle cadaver,

We know that u have a serious genetic disease that cause your vessels to look really 'extraordinary'. That's why we had 'unintentionally' cut off the important nerves and vessels. However, to let u know, we're really thankful because compared to other specimen, your muscles are really awesome! Nice job in balancing your diet. And because of your kindness, we get to know and identify so many structures that I never want-to-know and care before. Thanks a lot. We really respect you to have such a courage of lending your body to be studied by the future doctors. Know what, people like you, make people like us, to study well and become excellent doctors to treat people like you.

Your truth,
People who dissect you

P/s: Yeayh! Tomorrow is the last day of dissection way and TGTIF =)


Wednesday, November 30, 2011

DaripadaNya DIA diciptakan, KepadaNya DIA dikembalikan

Dulu kecik-kecik, saya takut dengan DIA. Muka DIA roar gile. Tak kenal DIA sangat. Sebab jumpa DIA pon time raya je. DIALAH mami kepada mami saya.

Yang saya ingat,
Masa mula-mula start sekolah darjah 1 dulu, DIAlah yang akan cuci kasut saya. Sebabnya, kalau saya basuh kasut, konpem saya akan main air dengan banyaknya, padahal kasut taklah cuci mana pun.

Pastu selapas arwah abah meninggal, saya pun pindah ke kampung. DIA pun pindah duduk sekali ngan keluarga saya.
Start daripada tu, saya xpernah lupa,
Kalau mami nak rotan, DIAlah yang akan jadi pelindung dan pujuk saya. Lagi best, DIA yang marah mami balik sampai mami tunjuk muka tak puas hati je.

Saya sangat suka makan buah. Tapi kalau buah tu berkulit, jangan haraplah saya akan merajinkan diri untuk mengupas buah. Sampailah buah tu buruk. Oh, malasnya. Tetapi sebab ada DIA yang selalu mengupas buah, maka masuklah buah tu dalam perut saya dulu.

DIA tahu saya sangat suka makan nanas, mangga ngan betik. Sebabkan DIA tersangatlah rajin, saya boleh makan buah-buah ni bila-bila je. Bukak pintu belakang rumah, CAK AAA. Petik je. Buah-buah yang DIA tanam semuanya segar dan manis.

Yang bestnya, buah-buah yang DIA tanam, sayalah yang banyak makan. Kalau buah tu dah masak gile, DIA still akan tunggu saya balik dari asrama untuk membedah buah tersebut. Sanggup tau balut and simpan dalam peti asalkan buah tu tak buruk.

Oh, saya sangat suka makan. DIA tahu makanan feveret saya. Tak lain tak bukan bila saya balik asrama je, mesti DIA akan masak nasi air plus ikan masin tak pun daging goreng bodoh. Kan dah kata simple je...-..-" Tetapi sebab ada DIA, saja menggedikkan diri malas masak.

Saya sangat suka tengok citer korea ngan hindustan. Time malam, walaupun DIA hanya paham bahasa melayu je, DIAlah yang selalu teman saya tengok tv ni. Orang lain ke mana ntah sebab diorang xlayanlah citer jiwang2 neyh.*ceyh* Yang bestnya, walaupun DIA xpaham bahasa, DIA paham jalan cerita kot. But, sometimes jalan cerita yang DIA faham lagi dramatik dari jalan cerita sebenar. -..-" So, kenalah explain kat DIA balik.

Pandai pakai baju, pandai campak dalam mesin. Tetapi tak reri nak sidai. Oh, buka tak reti, malas sebenarnya. Kat rumah, kalau bunyi "Teeetttt..." menunjukkan mesin siap tu selalu buat bodoh. Sebab mesti DIA yang akan tolong saya sidai. Tetapi bila nampak DIA akan bakul sorang-sorang, cam kesian pulak. Terus lari and tolong DIA sidai sama-sama.

Kat rumah ada banyak sangat benda alah ni. Grr. Benda alah sampai nak taip spesis dia pon rasa geli. Google la sendiri binatang apa bersesungut dua, kadang-kadang boleh terbang, berkaki tajam, merayap-rayap and bewarna hitam keperang-perangan. Haa. Tulah dia. Kalau ada benda alah ni dalam bilik memang saya takkan tidur la. Tetapi, adanya DIA, hidup ni bebas tanpa benda alah tu.

Tetapi, Allah dah cakap dalam Al-Quran:
innalillahiwainnailaihirojiun

Oleh itu, sebagai hambanya yang kerdil, saya redha.
Dan DIA sebenarnya bukan setakat mami kepada mami saya, tetapi seorang NENEK.

Al-Fatihah

p/s: Muharram...bulan ujian bagi ku. Ya, Allah tabahkanlah hati ini.

Sunday, November 27, 2011

Hakikat


When I was confirmed to continue my studies in Republic Czech (CZ), I felt seriously macam taknak fly je...Baik sambung study kat Malaysia... As I guess some of KMBians rasa CZ ni adalah last choice..So, macam looser gile bile dapat fly ke CZ je. Well, I admit I was one of them. Tahap keignorance yang melampau tu sampai bila ada talk pasal CZ kat KMB je, seriously tak nak ambik tahu lansung. Sebab dah xada choice sangat, tak terbang malu ngan sedara, terpaksalah pujuk jiwa yang terluka ngan Irish people "Finelah...asalkan terbang jugak. Negara europe pulak tuh...Senang nak jalan2." Plus, bile tengok orang lower IB point dari aku dapat fly ke Ireland, I was like, "Okay, ini tak aci gile. Macam aku lagi layak je". Also to certain point aku rasa Tuhan dah memberikan kita satu keburukan and tak sayang kita lagi bila tak dapat fly ke Ireland.

-.-"

Hahaha...Yes, I know I have smelly liver...plus I am a bad hamba to Him...REALLY BAD

BUT,

Until a point, YESTERDAY...

"SESIAPA YANG ALLAH MAHU KEBAIKAN BAGINYA, ALLAH MEMBERINYA KEFAHAMAN DALAM AD-DIN" Sahih Al-Bukhari dan Muslim

Rozumite? Google sendiri =D

If Allah wants to give something good for me, bukannya dengan DIA memberi aku terbang ke Ireland. Ada apalah sangat kat Ireland? *OMG, orang Ireland jgn marah ye?* Kat KMB dulu, bile ada usrah je, saje buat2 handset abes battery la*lame*, xpon busy la, tertido la...Bile ada daurah, saje je cakap ada banyak keje, mak tak bagila... Subhanallah, gelapnya hati ni dulu.
Tapi TERHARU sangat, walau kite dah banyak kali larikan diri dari jalan-Mu, bertapa SWEET nya Allah tu dia xpernah berputus asa terhadap kita.
sayang korang :)

And, one of the thing I am most grateful of is that I get the chance to meet back my kakak usrah here in CZ...Sayang Kak Arina.
and now I realize, Tuhan sebenarnya sedang memberikan kebaikan yang tak ternilai untuk kita...ALHAMDULILLAH.

And I LOVE OLOMOUC SO MUCH...MMMUAHHH!!!

Friday, November 18, 2011

Dekat Padamu

Ya Allah, I feel so happy today...so happy till I feel I wanna cry...
Thanks to the Olomouc Family...you've made my day...Sayang korang semua=)
And also Thanks to Allah for giving me the chance meet this awesome community of Olomouc...

Today we celebrate Hari Raya Korban. Yes, eventhough the actual Hari Raya was about 2 weeks ago, ate nak buat macam mana...nama pon budak medic...aigoo -..-"
It was AWESOME dude...lots of delicious foods, with cheerful people, nice speech and reminders, and jemaah prayers...

the AWESOME

What actually that makes me feel sooo happy today is that I feel dekat padamu =)
With the ukhwah of Muslims community here, ceramah just now, and reminders from the noona...I feel that I'm full...both zahiriah*ada ke word ni* and rohaniah...alhamdulillah

Tuesday, November 15, 2011

Hamtaro


Bile tengok gambar-gambar di bawah ni...terus terdetik, "Ya Allah, banyaknya stok makanan aku rupanya."

stok rempah ratus terusan dari msia gitu =D

stok malas masak...lapar ngap teros -..-"

stok makanan ruji...study je mst makan bnda ni..aigoo

Mana makanan xbanyak...???
Bila nak makan je rasa sayang...nak2 stok yg dibawa asli dr Malaysia Terchenta..sobs3
Tapi bila g kedai, nampak je makanan feberet, teros gerrrab xkisah la benda tu sbnarnya wujud lg dlm stok...-->perangai yg xpatut dicontohi aka orang tamaksss

Hrmmm...tapi nak bt cmna, sejak zaman kanak2 riang lg kite mmg suke simpan makanan...beli xmakan pon...bile bkk stok makanan, mulalah sedih sebab bnyak dah expired...

One thing je utk peringatan diri sndiri,"OHEMGEE, duit RAKYAT kot ko bazirkan tu yana"

Fine, the best solution:"nak makan banyak2 malam ni sambil study anat...tehee"bile makan habis, barulah xdikira mmbazir kan?kan?kan?

Friday, November 11, 2011

from gedik to gedikest

to my very best friend, and gedikest ever...
HAPPY BIRTHDAY...
sedih tahun ni xleh sambut macam tahun lepas...xleh siram ko..haha...
HAPPY2 ALWAYS=)

p/s:of to iGAMES>>>pergh..penat...kena main futsal ngan netbal..sobs3...

Friday, November 4, 2011

Adaptation

*klik utk tumbesaran

Give urself some time, some break and some korea...hihi...

Tuesday, November 1, 2011

People who are selfish dont actually realize they are selfish

Hypothesis dari dulu:
Memang orang yang amek medik ni kena ada kriteria pentingkan diri sendiri ek?

Sunday, October 30, 2011

I always whine...sigh

:)



I whine soo much.Like:
"Ish, budak tu main-main je xbelaja pon boleh past anatomy test..."
Then, my friend said,"Oh, dye budak repeat actually. Before this dye dah penah amek medik 2 taon" Forgive me, Allah.

"Bosan la makanan kat sini. Asik makan ayam je. Ikan daging xde pon...Muka pon dah jadi cam ayam"
Then, in the newspaper said,"Tiap-tiap hari, at least seorang kanak-kanak di somalia mati kebuluran" Forgive me, Allah.

"Ah, susahnya belajar ni. Kenapalah aku amek medik???Susahnya hidup kat negara orang ni..."
Then, a friend of mine during primary school said,"Bestnya ko dapat peluang amek medik. Akuxlayak pon. Sahkan nak g obersi" Forgive me, Allah.

And banyak lagi...-..-. Ya Allah, forgive me when I whine.

Wednesday, October 26, 2011

I am a good girl I am

nampak tak telur unta? klu xnampak x lama dah tu...

See...I got ZERO for my chemistry test. Reaction ble dpt result,"dah agak dah kosong".ceyh...

Then last tuesday, I only get 1 mark out of 8 for my biology test.phftftft

and today, I fail my anatomy test.

Sungguh bagaikan jatuh dari tangga tingkat tiga bergolek-golek last2 tingkat bawah ada banyak duri. Sungguh sadis.-->Nampak bebeno banyak tengok Happy Tree Friends...-..-

I call my beloved mother gitu...then dye ckp*highlighted*
"Ala...tu pon nak kecoh. Bajet xpernah fail je kan kat KMB dulu"

Oh, tersiat-miat jantungku mendengarnya. Sampai hati.Sobs3.

However, these failing, I take them in a positive way. Like once upon a time, my senior have said"
"Ko pandai la setara mana pon, genius ka, prodigy ka...ko mesti aka wajib fail bile masuk dunia medik nanti"
Tetapi...tidak ku sangka akan fail seawal begini.-..-

p/s: Ayat penyedap hati but iA true...
"Mungkin DIA bagi ko fail bertubi2 biar ko sedar sikit yang nak selamatkan nyawa orang bukan senang. So belajarlah bersungguh2. AND syukurilah dengan setiap nafas n nyawa yg diberi"
:D

Excellent people doesnt mean that they never fail, but they immediately stand up when they failed.

Tuesday, October 25, 2011

Sentap Menyentap

Today, I woke up about 5:30 a.m.-->rajinnya Cik Kiah ooi!!!
Bukan apa, nak tidur lagi tapi rasa tak kena sebab:
labreportbiophysicsxsiap,xstudyanatomylansung,bioponxstudy,chemyponxstudy,
latinexamarinitapitakstudyjugak
ABES TU, APA YANG KO STUDY???

Suara hati ^^: Korea!!! *siap dah boleh ingat lagu SNSD The Boys*
Then, tengah2 kalut macam ni, timbullah bermacam-macam sesalan sampai tahap nak tampo diri sendiri je :(

Actually since last Tuesday I felt so afraid to face the next Tuesday-->TOMORROW MAN!
Tomorrow I will get my result for biology test, then kuasa dua tomorrow will be anatomy result and then kuasa tiga tomorrow I shall die due to hypertension for failing all my tests-..-

After berendam lam bathtub*ohsajenakmenunjukrumahkuadabathtub* this morning, suddenly...ZAPPP! DUSH! PANG! *and sound effect yang sekutu dengannya* terfikirlah benda ni:
"I am freaking scared to face the test results but why I couldnt feel the same way to receive my amal results that is actually wayyy freaking and you-dont-know-when will it be...maybe tomorrow also???"
oh...sedih dengan diri sendiri...

Insya-Allah, lapangkanlah diri untuk Allah, nescaya Allah akan lapangkan jalan untukmu...Amin

Tuesday, October 18, 2011

study malas fail tak mahu

Tajuk post ada iras2 my bloggies name kan? -..-

Seyes cakap, tak tipu nih. The way I study here was like infinite times 'rajiner' than the way I was in KMB. Duh, terpuji diri sendiri pulak. But thats the fact. I am so impressed. Please compare and contrast..

1. Dulu bukak bilik I je, konpem nampak either I main games or layan korea..kalau xbuat benda ni maknanya bukan I study, but buat ayak liuq ateh katil...-..-
2. Bangon pagi (weekend) je roomate lesap...pergi library gitu*salute*...I bangon je mandi2, then siap teros utk makan di Dewan Selera...pastu balik main game, n bla2...but never study...-..-
3. Malam tido awal...tapi...pagi bangon lambat...*berpegangkan prinsip-->ala kalau ngantuk study pon xgune.xmasuk* -..-
4. Dengar word ckg nak bt test, boleh je wat reaction "ala, ad aku kisah..whateva.."...-..-
5. Beli buku banyak2 but bila abes IB baru perasan, "eh, ak ad beli ek buku ni?" -..-

but sekarang...alhamdulillah.

Bersyukur sangat Allah bagi kesedaran dari awal. Tengok student obersi negara lain jalan2 tiap minggu, bukan xde niat yang bergelora di hati ni. But, bila nak buat something lagha je mesti terngiang2 sore private student kat sini "amboi, kuatnya shopping n jalan2..?duit mak ayah I bayar tax tau x?"...teros tersentap(niat budak tu actually bagos : kawan yg baik adlh kawan yg slalu mengingatkan). And I selalu pujuk hati, "ala, ko 6 taon kot kat sini.bila2 len masa ko boleh pegi melancong kot. But not now". And I always stay with this phrase: You play hard, you work hard.

p/s:terketaq patella n segala vertabrae kot bila dengar ramai je student obersi kena buang anto balik malaysia.nauzubillah... :(



Saturday, October 15, 2011

The Best Weekdays Ever

-gambar hiasan semata-mata- -..-

I thought I was the busiest person ever when I was in KMB before.But tot*buzer*! You're totally wrong. It had been 2 weeks here in university and...

Yesterday- I got chemistry test.To tell ya, we had neither enter the class before nor learnt anything.So, mmg best giler main counter strike lah -..-*oh target lulus je*

Then comes today, tomorrow, day after tomorrow

Continues with Biology Exam Day, Anamaty *i mean anatomy* Exam Day, Czech LanguageTest Day, and then it's Friday back! Not yet TGIF as we just learnt 3 calculation topics for 1 hour on previous Friday yet we have a test this Friday. Cakap kat diri sendiri, "Welcome to the medical student world" *lempang diri sendiri*

Fine! Next weekend siap ko semua shopping mall, kiteorg buat rombongan nak membelah beli korang. MUAHAHAHA...*ni lah motivation utk study.bagos x?* Hee...

p/s:Okay enough merepek. Study mood -..-

Wednesday, October 12, 2011

Too many for a week

It had been 1 week since I have left my family, burger mcd, televisyen but not korea...haha*ble la ko nak berubah...dush3* How's my life here? So far so good. Handsome guys everywhere and everytime, even in the lectures...-..- Too many stories to be writen but not now since tomorrow i got anatomy class. *oh mcm xpercaya dah jadi medic student.tampar sikit*

till then...my bloggie

new country so new words coming...:)

for today, na scheladanou = bye2/ meet you again...:)

welcome to Prague =)

Saturday, September 24, 2011

adidas eh adios lah

dear Normi,
all the best. belajo elok2 na. nanti kite potong badan orang sama2 okey.:) anta poskad and sure i want souveniers from you.haha. jumpe lagi di Paris yau...sayang nomnom...take care

Thursday, September 15, 2011

words of today


there's always another option...

Oh rindu

okey.ni je yang termampu.sedih.:(

amek transcript...fotostat kat lrc...lupe amek duit...amek gamba graduasi...tapi takada and tarak tahu kenapa...dengar sore cikgu kamariah n cikgu hasni...tapi tuannya ada kelas...so xleh jumpe...sedih...pergi meja teacher oja...pon takada...pergi koop...beli 100 plus n roti...then BALIK

That's all. But all spots in KMB remind me of 1001 sweet memories.

Sunday, September 4, 2011

oh lambat gile kau

Haha...atenya nak buat mcm mane...?Kome ni memang busy bebeno...kemasrumahmasakpegirumahsedaramintakduitrayalayantetamuopenhouse...Uish, kalau boleh nak tadah tangan muke ngadap langit nuh, mintak *ting!!!* tiba-tiba semua dah siap...termasuklah bab packing barang nak fly ni yang tak pernah siap-siap...-.-

Tak terlambat lagi kan nak ucap "SELAMAT HARI RAYA!!!" Muahaha...Raya 30 hari kot...
And...raya taun ni memang best!!!Sebab mcm lama gila xkumpul adik beradik and sedara sepapan dari ceruk merata-rata datang lawat I gitu...and paling best, *okayla, at least saya mengaku* sebab dapat duit raya banyak gila sampai mengatasi ranking adik-adik saya. OH YES!

raya ni warna merah gitu...*oh sakit mata*

yang seko ni memang cacat...-.-

p/s: doakan daku boleh pulang beraya tahun depan,...oh sebak *sobs*

Thursday, August 25, 2011

akhirnya sebuah penantian

Euwww,...bajet tjuk post cm tajuk novel apa -_-

Im writing u using aaron(nama phone*eh suke atilah nak bg nama phone apa*) hii...alhamdulillah,kamsahamnida mummy-chan...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 18, 2011

Biskut Terus Dari Rumah SIAP

I was having fun making these lovely biscuits *like me =)* eventhough I have to wake up early...Like seriously 10.30 is not early.Fine la, it's early since I slept almost at 4.30 everyday watching korean drama. *sapa suh kau 'stay up' tgok korean bunguks?* When I want to swith off my light, then my nanny will wake up for sahur while saying "selamat malam"...Irony isnt'? -.-


"oh, tidak! apalah salah ku dibakar hidup-hidup" kata biskuts ini ...-.-

alien in almond london land...:)

"oh, walaupun aku gelap ak masih mampu tersenyum"..contohilah biskut ini

siap ngap gitu...^^

me :P

okayh, tonite hunny crunch pon akan SIAP...nyum3


Tuesday, August 16, 2011

I DARA U *jgn salah faham*


Okey.saya baru tau macam mana nak post video dalam blog. Now, i admit that I'm a bit NOOB. Fine la, I am NOOB.

Bosan duduk lam bilik sorang-sorang? I cabar korang menari macam ualls dalam video ni. Ada berani?

Sunday, August 14, 2011

Ini kerja orang "ba wau SAN"

oh...gamba bleh masuk muzium...

suke gambar ni^^...tengokla sapa amek...*oh prasan*

caption ats xleh blah...-.-

BOSAN gile okayh..nak masak pankek, tp bahan xsampai lagi...lambatnya mami ni...-.- so, nilah kejenya...EDIT GAMBAR :)

Wednesday, August 10, 2011

Resipi Honey Flakes Mummy Simple Gitu


Beli la yang cap ini. Boleh menderma gitu :D

Bahan-Bahan

-90 gm mentega
-1/3 cawan madu/ 6 sude besar
-1/2 sudu gula
-4 cawan cornflakes
-1/2 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak kemudian tumbuk sehingga kecik agar rangup)
-1/2 cawan kelapa kering

Methodology (amek ko macam nak buat eksperimen)
1. Masukkan mentega, madu dan gula di dalam kuali. Kacau diatas dapur dengan api yang kecil sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan cornflakes, kacang, dan kelapa kering. Kacau sehingga sebati juga.
3. Isikan bahan ke dalam cup yang comel dan sesuai.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu yang sesuai(ala macam bako biskut lain jugak)


"Satu utk saya...satu utk biskut.."buat la ko camtu. sampai esok tak siapnya biskut.

Muahaha. SIAP! Tapi jangan makan. Tunngu azan maghrib dulu ye -.-

Monday, August 8, 2011

IB : Been There Done That

With my beloved Mummy...Grr

Oh! kami disusun berselang seli...Habis pahala pose I...-.-

I wish to be her roomate till I really become a doctor...:(

Teman gedik, usha, makan, lagha..amek ko! Of cozla teman study jugak...:)

Classmates terbaek di ladang ^^ Zatil mana ko?!

Thursday, August 4, 2011

Ada talian hayat tak

Nope. Im very sure this time. My life just "mandi sentiasa basah siap syampu segala bagai gitu, tidur selalu nyenyak siap bangun lambat lagi, and makan selalu kenyang sampai kadang-kadang terlebih kenyang".

Im just happy with my life now. So, thats it.Beep~

Tuesday, August 2, 2011

Harap Ko Rajin La Masak Ye

This post is specially dedicated to my friend-who-not-to-be-named. Tahniah sebab ada kesedaran nak masuk dapur. One tips kite bagi kalau ko nak pandai masak ke baking segala pandai (bajet kite terer masak je kan, tapi pandaila lagi dari ko) haha.. = JANGAN BERPUTUS ASA! AJA2 FIGHTING :)

Ini resipi yang kita guna. Sila pahamkan. Kite rasa dah senang dah bahan-bahan dia ni.


Kite kacau bahan dia atas dapur sebab lagi sebati gitu...:) Tak payah nak gune mesin pengadun sangat.

Isi lam bekas dia dalam separuh jerh.



Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila


Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.

Kualiti gambar cam pfhtt...Tapi enggak mengapa. Nampak cam muffin gardenia kan? Comel tak? Comel tak?

Tak payah cari resepi from buku resipi. Dahla mahal. Just search lam internet. But make sure cari yang dah ada orang comment best ke masyuk ke...Kalau tak tau cara nak buat, bolehla bukak youtube. Senang kan nak masak yang sedap2 sekarang? Tapi rajin atau malas macam saya je yang jadi problem besar. -___-"

Kech-ING Bel-ING