Wednesday, November 30, 2011

DaripadaNya DIA diciptakan, KepadaNya DIA dikembalikan

Dulu kecik-kecik, saya takut dengan DIA. Muka DIA roar gile. Tak kenal DIA sangat. Sebab jumpa DIA pon time raya je. DIALAH mami kepada mami saya.

Yang saya ingat,
Masa mula-mula start sekolah darjah 1 dulu, DIAlah yang akan cuci kasut saya. Sebabnya, kalau saya basuh kasut, konpem saya akan main air dengan banyaknya, padahal kasut taklah cuci mana pun.

Pastu selapas arwah abah meninggal, saya pun pindah ke kampung. DIA pun pindah duduk sekali ngan keluarga saya.
Start daripada tu, saya xpernah lupa,
Kalau mami nak rotan, DIAlah yang akan jadi pelindung dan pujuk saya. Lagi best, DIA yang marah mami balik sampai mami tunjuk muka tak puas hati je.

Saya sangat suka makan buah. Tapi kalau buah tu berkulit, jangan haraplah saya akan merajinkan diri untuk mengupas buah. Sampailah buah tu buruk. Oh, malasnya. Tetapi sebab ada DIA yang selalu mengupas buah, maka masuklah buah tu dalam perut saya dulu.

DIA tahu saya sangat suka makan nanas, mangga ngan betik. Sebabkan DIA tersangatlah rajin, saya boleh makan buah-buah ni bila-bila je. Bukak pintu belakang rumah, CAK AAA. Petik je. Buah-buah yang DIA tanam semuanya segar dan manis.

Yang bestnya, buah-buah yang DIA tanam, sayalah yang banyak makan. Kalau buah tu dah masak gile, DIA still akan tunggu saya balik dari asrama untuk membedah buah tersebut. Sanggup tau balut and simpan dalam peti asalkan buah tu tak buruk.

Oh, saya sangat suka makan. DIA tahu makanan feveret saya. Tak lain tak bukan bila saya balik asrama je, mesti DIA akan masak nasi air plus ikan masin tak pun daging goreng bodoh. Kan dah kata simple je...-..-" Tetapi sebab ada DIA, saja menggedikkan diri malas masak.

Saya sangat suka tengok citer korea ngan hindustan. Time malam, walaupun DIA hanya paham bahasa melayu je, DIAlah yang selalu teman saya tengok tv ni. Orang lain ke mana ntah sebab diorang xlayanlah citer jiwang2 neyh.*ceyh* Yang bestnya, walaupun DIA xpaham bahasa, DIA paham jalan cerita kot. But, sometimes jalan cerita yang DIA faham lagi dramatik dari jalan cerita sebenar. -..-" So, kenalah explain kat DIA balik.

Pandai pakai baju, pandai campak dalam mesin. Tetapi tak reri nak sidai. Oh, buka tak reti, malas sebenarnya. Kat rumah, kalau bunyi "Teeetttt..." menunjukkan mesin siap tu selalu buat bodoh. Sebab mesti DIA yang akan tolong saya sidai. Tetapi bila nampak DIA akan bakul sorang-sorang, cam kesian pulak. Terus lari and tolong DIA sidai sama-sama.

Kat rumah ada banyak sangat benda alah ni. Grr. Benda alah sampai nak taip spesis dia pon rasa geli. Google la sendiri binatang apa bersesungut dua, kadang-kadang boleh terbang, berkaki tajam, merayap-rayap and bewarna hitam keperang-perangan. Haa. Tulah dia. Kalau ada benda alah ni dalam bilik memang saya takkan tidur la. Tetapi, adanya DIA, hidup ni bebas tanpa benda alah tu.

Tetapi, Allah dah cakap dalam Al-Quran:
innalillahiwainnailaihirojiun

Oleh itu, sebagai hambanya yang kerdil, saya redha.
Dan DIA sebenarnya bukan setakat mami kepada mami saya, tetapi seorang NENEK.

Al-Fatihah

p/s: Muharram...bulan ujian bagi ku. Ya, Allah tabahkanlah hati ini.

1 comment:

  1. sorry to hear that
    anyway, be tough.
    doakan dia di tempat orang orang y soleh. insyaAllah.
    i can see she was a great nenek.
    Al-fatehah. =')

    ReplyDelete

Kech-ING Bel-ING