Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita kematian suami sepupu saya. Sangat menyedihkan. Dahla sepupu saya tu tengah mengandung 9 bulan. Tunggu masa je. Anak pertama pulak tu. Bayangkan, baru bulan 6 tahun lepas je saya yang jadi flower girl untuk majlis diorang. Tetapi Allah lebih menyayangi suaminya. Selepas solat zohor tadi, arwah dikebumikan di PerkuburanCheras Baru. Redup je cuaca. Walaupun saya tidak beberapa mengenali arwah, saya yakin arwah seorang yang sangat baik ketika hayatnya. Segala urusan pengebumian telah dipermudahkan. Alhamdulillah. Yang lebih menyayatkan hati, saya diberitahu oleh ayah saudara saya yang arwah teringin sangat nak lihat anak pertamanya serta memandikannya. Huhu, tak tahan dengar cerita memang menangislah saya. Dahlah esok bulan Ramadhan. Ada hikmah nyawanya ditarik pada hari ini. Insya-allah, arwah akan terlindung dari azab sempena bulan yang mulia ini.
Kepada yang masih bernyawa, suatu peringatan bahawa kematian tidak mengira tempat masa dan umur anda. Just a reminder again, jagalah kesihatan anda. Elakkan makan makanan yang ada banyak chemicals. Sebab arwah yang meninggal ni muda je. Umurnya baru 26 tahun. Tapi arwah dah mengidap penyakit kanser usus ni dah lama jugak la. Okay, saya pun macam dah insaf. Afther this, nak GO GREEN plak:) Selamat berpuasa semua dan menunaikan ibadah.
Al-Fatihah untuk arwah...
No comments:
Post a Comment