Assalamualaikum...
"Allah melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hambanya dan Dia pula yang membatasi baginya. Sungguh, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu" (surah Al-Ankabut:62)
Tiba2 bila baca ayat ni,
teringat word untungla~
Perkataan ni memang selalu saya sebut...Tak bermaksud apa2 pun. Ore gura jah! LOL.
Nak2 musim exam ni. Tengok orang lulus exam je...Haa...mulalah. "Huntungla~" sambil buat muka =.="
Mungkin kita nampak kawan kita tu lulus dengan senangnya, siap dapat A lagi, legend kau!
"Untungla~"
Tapi sebenarnya kita tak tahu bahawa dia membakar api pada tiap2 tengah malam.*lilin therapy pon bole*
Atau sebenarnya kita tak tahu bahawa dia selalu bangkit awal pagi, sedangkan kita sedap2 golek dalam duvet. Nak2 musim cuti ni *eh?cuti?*
Mungkin kita nampak kawan kita tu dapat soalan senang, takpun nak bes lagi tak kena soal banyak pon dengan examiner, nak bes lagi siap examiner tu tolong lagi,
"Untungla~"
Tapi sebenanrnya kita tak tahu bahawa dia selalu solat dhuha sedangkan ada je antara kita yg tak bangun tidur lagi time tu*ouch!*
Atau sebenarnya kita tak tahu bahawa dia selalu bangkit 1/3 malam untuk menghadap penciptanya.
Mungkin kita nampak kawan kita tu selalu je kroh~, tak stadi mane pon,
Sekali exam memang dia la selalu muka lepas dengan jayanya, genius katanya!
"Untungla~"
Tapi sebenarnya kita tak tahu bahawa dia selalu je risau tentang orang lain sama ada diorg dah makan belum,
Atau sebenarnya kita tak tahu bahawa kalau rumate dia sakit, dialah manusia yg paling risau di dunia.
Mungkin kita nampak kawan kita ni selalu je fail. Tak selalu pun, at least pernah la sekali.
"Kesiannya~"Memang...
Tapi sebenarnya kita tak tahu bahawa kita sedang diuji manakala dia sedang diberi nikmat.
Mari bersangka baik. Dengan orang sekeliling kita dan juga kepada Maha Pencipta kita. Dan berusahalah selagi termampu. Tak kisahlah apa2 cara sekalipun. Usaha untuk exam tak semestinya dengan bukak buku je kan?
"Dan kehidupan dunia hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" (surah Al-Ankabut:64)
No comments:
Post a Comment