Thursday, October 17, 2013

Penat

mungkin ramai yang sangka life as a medical student
study+test+exam+kelas pagi ke petang=penat
tapi aku yang dulu (eheh?) tak rasa camtu
lama aku amek masa, merenung masa lampau~
 
dan baru aku paham, sebenarnya untuk aku
hidup dengan expectation orang lain=penat gilos

sekarang, aku bangun tidur benda first yang aku akan fikir,
"oh, aku kena pegi lecture sebab nanti tak nak org lain pk aku fail exam sbb aku xg lecture"
pastu bila dalam lecture aku akan fikir
"oh, aku takleh tidur ni sebab kalau aku tido, aku tak paham, nanti fail exam pstu sedih sebab takleh balik awal macam org len"
pastu bila balik rumah aku akan fikir
"oh, aku kena study betol2 ni kalau tak nanti tak pass test nanti akn drag exam aku, pstu mulalah sedih sebab org len semua lulus"
semua bnda yang difikirkan mesti ada "ORANG LAIN"

maksud aku bukannya nak cakap pergi lecture or study tu buat aku penat, tapi aku penat hidup dengan ada fikiran macam tu.sedih.sebab aku yang dulu tak macam tu.
mungkin sebab pesan senior2 bila masuk tahun ketiga ni "kene pegi lecture","kene study","jangan main2" sebab ramai yg sangkut kat tahun ketiga ni...mungkin jugak aku paranoid sbb tahun2 sblom ni aku bnyak kali fail dan aku rasa kesalahan aku berpunca dr sikap ak sendiri yang suka main2 sangat.

tapi at least, walaupun aku gagal, serius aku rasa tak sepenat hidup macam sekarang.at least tiap2 hari aku bangun bersemangat dengan banyak plan yang nak dibuat dalam masa sehari.aku balik kelas, pastu pergi centrum, jalan2 tak fikir expectation org lain, kadang2 tiba2 je boleh main bowling, g globus, paling teruk shopping baju lepas kelas. pastu bila sampai rumah sempat masak, sempat je study malam tu pastu tidur dengan tenangnya.Aku rindu saat itu. Hidup aku CAREFREE.apa nk jd, jdlah~ tapi sekarang, bangun pagi semangat ntah ke mana, pstu g lecture, rasa kosong kadang2 sampai aku pk apa yg aku dapat, pstu balik rmh penat semacam, rasa rumah sunyi semacam, pstu ada masalah nak tido.

Sedih.sebab dr zaman sekolah dulu aku biasa hidup dengan cara carefree. jd bila aku nak bt perubahan, aku tak tahu mana yg terbaik utk aku.jd, yg aku mampu sekarang ialah, berdoa agar perasaan ikhlas tu cepat datang. amin..

Tuesday, October 8, 2013

Kosong

Tidur. Bangun. Pergi Kelas. Balik. Masak. Penat. Tidur.
Necrosis sangat hati ni

Friday, October 4, 2013

Permulaan

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. atas semua nikmat.

Mungkin nikmat yang jelas aku rasa sekarang ialah dapat menjejakkan kaki ke alam Pelajar Tahun Ketiga.
Siapa sangka pelajar yang hampir kene buang sebab repeat exam Chemistry 4 kali, kene extension subjek Biophysics, sampai lecterer sendiri cakap "This will be tough for you. You really need to work hard", pastu masuk tahun kedua kene repeat pulak Biochemistry 3 kali akhirnya dapat jugak masuk tahun ketiga.

Aku cerita ni bkn nak bkk aib sendiri. Cuma kadang2 nak bagi semangat untuk aku sendiri di masa depan kalau2 lah rasa down sgt atau mungkin orang lain yang senasib atau lebih teruk keadaannya.

Baru je nikmat tu nak dirasai, dua benda aku dah diuji awal2 lagi.
1. Kesihatan. Alhamdulillah mungkin keadaan aku dah elok sekarang. Hypomagnesia. Mungkin orang akan gelak bila tau aku ada penyakit ni. Mungkin orang akan lagi gelak bila cakap penyakit aku ni melarat2 sebab psikologi semata2. Aku tak sedih sebab tu. Aku cuma sedih bila nikmat belajar aku ditarik. Cuba bayangkan apa perasaan korang bila korang nak sangat2 belajar dan faham ilmu Allah tu tapi tak boleh sebab setiap kali korg nak fokus, korang rasa sesak nafas, tangan menggigil tak leh tulis, mata pun tak boleh bukak sebab badan lemah sangat? Hanya Allah je yang tahu perasaan tu. Memng mental kita boleh dikawal, cuma kdg2 benda ni perlukan masa untuk pulih. Bagi org yang tak pernah sesak nafas, mungkin takkan faham betapa paniknya bila tb2 kita tak boleh nafas, rasa mcm org cekik, dan macam nak mati. Mungkin saat tulah kita baru nak bersyukur setiap kali bangun pagi sebab dapat bernafas, dan setiap malam sebab dapat tidur dengan lenanya. Dan saat itu, apa yang aku perlukan sangat2 adalah sokongan. Dan barulah aku kenal sapa sahabat aku.
2. Sahabat. Aku ni memng jenis manusia yang sangat dependable kat org lain. Memang kalu tade sahabat2 ni, aku tak tahu kedudukan aku kat mana sekarang ni. Dan sekarang aku ditarik pulak nikmat utk belajar dengan sahabat aku. Sedih sgt sampai aku tak tahu nak explain mcm mana. Ak faham diorg lagi spttnya sedih sebab bagi aku ujian diorg ni sgt2 berat. Hanya orang yg mampu akn diuji olehNya. Sebab tu aku kena kuat. Kuat utk diorg dan jugak aku sendiri. Dan aku tahu ada hikmahnya Allah tarik semua ini.Utk pengajaran buat aku dan sahabatku ini.

Ya Allah, permudahkanlah urusan sahabat2 aku, dan jugak hambaMu ini serta umat2 Islam.Assalamualaikum.

YOSH!!!

Wednesday, September 4, 2013

IJWYTK

I keep remembering the past
What I have done
What I have spoken
I am so sorry that you met the immature me
and I know a thousand apologizes still cant be compared.

Yes, I am a stone, a wood or whatever
Just say it
What all of you want to say.

Cause hurting a man like you
I want it no more.

Friday, July 12, 2013

Ini tabook saya

Assalamualaikum...

Sebelum tu nak ucapkan salam Ramadhan buat rakan seagama dan seakidah walaupun kita tak saling mengenali. Moga Ramadhan kali ni lebih bermakna dari Ramadhan sebelumnya dan amalan kita dilakukan dengan ikhlas agar diterima olehnya. Puasa jangan tak puasa tu bukan setakat makanan je, tp haruslah puasa jugak main game, baca manga, dengar lagu korea, tengok movie.

Just nak share pengalaman Ramadhan tahun lepas. Haha. Takde yang menarik pun. Yang menarik sebab sampai sekarang saya sendiri kagum macam mana boleh tidur sampai 9-10 jam. Pastu puasa berapa jam sangatlah kan? Celik mata tak sampai berapa jam dah bukak.Sedih kan dengan orang macam ni. Nauzubillah.

Dan sekarang ni, ye, saya masih terkandas kat negara yang saya kene puasa 19 jam. whattt?19 jam. ahaha. Mungkin orang fikir oh kesiannya kami ini kene puasa lama. Mesti lembik lah penat lah.

Tapi bila saya reflek balik, saya pernah berdoa dulu hingga sekarang. "ya allah,tentulah yang terbaik buat ku. dan yang baik itu adalah kebaikan dalam agaMu"

Dan sekarang bukan saya terseksa kene puasa  19jam. Jauh sekali. alhamdulillah. At least saya bukan orang yang puase mungkin 5 jam macam tu je(tolak tidur) lagi. bukan jadi macam mayat idup. Mungkin nak dapat ibrah tu lama sekali sebab kene fail biochem dua kali sampai tak larat nak bersedih dah.ahaha. Tapi aku percaya, ni adalah tarbiyah aku untuk dapat kebaikan dari agamaNya.Thanks Allah for everything.

Sedih mmg sedih.penat mmg penat. tapi ini tabook saya yang akhirnya, sedih dan penat tu dicover dengan kemanisan.

in 3 daysnsaya balik.Alhamdulillah. cuti ni betul2 kene padatkan dan manfaatkan. moga Allah menjaga kita daripada akhlak yang mungkar.Amin.

Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah.

Monday, June 3, 2013

Jsem zvláštní

Sehina mana pun kita, seberdosa mana pun kita,
Kita adalah manusia...

Lol. Manusia je pun. Diperbuat oleh tanah yang dulu time kecik2 kita geli nak main sebab ada cacing dalam tu.
Bukannya cahaya macam malaikat tu.
Dan bukan juga api macam syaitan tu.
Hmm...Apalah yang spesel nya? *matadipusingkeatas*

surah at-tiin:4
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya"

macam bila belajar embryology,anatomy, biocemistry, physiology, subhanallah!
Hebat penciptaan Allah ni.

Kalau kita rasa macam down sangat sampai nak potong carotid artery ayam, La tahzan. Ingat kita sentiasa tinggi kedudukannya di sisi Allah. Selagi...ha!
Selagi kita beriman dan beramal soleh <3 p="">
p/s:haiyya alassolah...haiyya alalfalah

Saturday, June 1, 2013

Kesedihan Dunia ibarat Chipsmore

I smile while I can
because I shouldnt be sad because of this.

Oh Allah, I know this is not my limit,
because You keep on testing me with the same matter,
2 times, with the same marks and nearly to reach it
I always ask myself, why?
Maybe did I do something wrong with You? or others?
 
I know this is a way of tarbiyah for me,
maybe I was tested with the same thing
because I didnt grab it.

I didint want to ask more,
I just pray to You that You would always keep me strong
and if I do did wrong,
please show me the correct path...

And in everything You had destined for me, I know it will always be the best.
I am strong because I have You and my Deen. Alhamdulillah.

p/s:percaya xdengan tajuk post ni?bagi sesiapa ada diari or blog, try review balik. ada je benda sedih sebelum ni yang kita rasa, oh macam nak mati kununnya. Tapi, tengoklah, ari ni kite dah tak rasa pun. Ingat lagi ke idok pun xtahulah. :D

Kech-ING Bel-ING